
Ketika Wanita cemburu…menangis
Ketika Lelaki cemburu...menyepi
Tatkala wanita cemburu dia membenci lelaki…
Tatkala lelaki cemburu dia membenci dirinya sendiri…
Kadang-kadang…
Lelaki mencemburui wanita yang mencintainya..biarpun dia belum mencintainya..
Dan..
Wanita pula mencemburuilelaki yang mencintainya ..biarpun dia belum mencintainya…
Namun….
Wanita lebih bahagia….dengan cemburu si lelaki pilihan hatinya…
Wanita lebih sengsara…dengan cemburu si lelaki bukan pilihan hatinya…
Secantik-cantik cemburu….adalah cemburu cinta….
Seburuk-buruk cemburu….adalah cemburu benci….
Antara tanda-tanda cemburu…
Si wanita mudah melenting…
Si lelaki mudah mengancam…
Kita….
…cemburukan orang yang kita cintai kerana kita cintakan mereka…
dan Kita…
…..cemburukan orang yang mencintai kita kerana kita mencintai diri kita…
Jangan terlalu mudah kamu menyimpan cintamu padanya di kotak cemburu…
Sedangkan kamu belum pasti…perasaan mereka terhadapmu…
Kerana dengan itu….kadang-kadang…kamu mendedahkan kelemahanmu pada individu yang tidak sepatutnya tahu….
Adakah kau tahu beza antara Cinta dan Cemburu…?
Cinta yang melampau melahirkan Cemburu…
Cemburu yang melampau membunuh Cinta…
Jauhi ‘melampau’ kerana DIA tidak cinta pada pelampau…
Adakah kau tahu beza Cemburu dan Prasangka…?
Kebanyakan Cemburu lahir dari perut Prasangka…
Jauhilah Prasangka kerana sebahagiannya adalah dosa..
Sedar tak sedar…….
Ketika kamu sentiasa mahu mencemburui si dia itu..
Maka jauhilah perasaan itu…kerana kadang-kadang waktu itu kamu telah jatuh cinta…
Sedangkan kamu sendiri tidak menyedarinya…
Ketika kamu sentiasa mahu dicemburui oleh si dia itu…
Maka bersihkanlah perasaanmu itu…kerana kadang-kadang waktu itu kamu telah melakukan suatu kesilapan…
Sedangkan kamu sendiri telah menyedarinya…
Mencemburui itu Menyekat…Mengongkong…Menahan…
إن الله يغار.الغيرة على الزوجة خلق عظيم. وإن المؤمن يغار، وغيرة الله أن يأتي العبد ما حُرم عليه (حديث)
Sesungguhnya Allah itu mencemburui….
Cemburu pasangan suami isteri itu satu kurniaan yang agong….
Dan mukmin itu juga cemburu….
Namun…cemburu Allah Taala apabila hamba-hambanya melakukan sesuatu yang telah terlarang ke atasnya…..!!

Pada suatu hari…..
Ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk bersama para sahabat. Baginda bertanya kepada para sahabatnya tentang CINTA. Pertanyaan itu dimulakan dengan Abu Bakar.
“Apakah yang kamu cintakan dari dunia ini wahai Abu Bakar?”
Abu Bakar menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Duduk bersamamu, melihat dirimu, menginfaqkan hartaku padamu.”
Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Umar?”
Umar menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Menyeru kepada kebaikan walaupun dengan sembunyi-sembunyi, menegah kemungkaran walaupun dengan terang-terangan, dan berkata benar walaupun ia pahit”
Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Uthman?”
Uthman menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Memberi makan, memberi salam, dan bersolat pada malam hari sedang manusia tidur.”
Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Ali?”
Ali menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Memuliakan tetamu-tetamuku, Berpuasa di musim panas, dan memerangi musuh dengan mata pedang.”
Baginda meneruskan pertanyaannya lagi : “Kamu pula wahai Abu Dzar?”
Abu Dzar menjawab :
“Aku mencintai TIGA perkara dari dunia ini : Lapar, Sakit, dan Mati”
Nabi s.a.w bertanya lagi kepada Abu Dzar : “ Kenapa?”
Abu Dzar menjawab : “Aku cintakan kelaparan kerana ia menghidupkan hatiku, aku cintakan kesakitan kerana ia mengurangkan dosaku, dan aku cintakan kematian kerana aku mahu berjumpa Tuhanku”
Kemudian Nabi s.a.w bersabda :
“Aku juga mencintai TIGA perkara dari dunia ini : wangi-wangian, wanita, dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat”
Pada waktu itu, Malaikat Jibril turun dari langit memberi salam kepada mereka lalu berkata :
“Dan aku mencintai tiga perkara dari duniamu : menyampaikan risalah, menunaikan amanah, dan mengasihi orang-orang miskin.”
Kemudian Malaikat Jibril naik ke langit dan turun semula seraya berkata :
“Allah s.w.t telah menyampaikan salamNYA pada kalian sambil menyatakan bahawa DIA juga mencintai tiga perkara dari dunia kalian : Lidah yang sentiasa menyebutNYA, Hati yang sentiasa khusyuk kepadaNYA, dan Jasad yang sentiasa sabar dengan ujian-ujian dariNYA.”
سبحان الله وبحمده ،،، سبحان الله العظيم
</w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:lsdexception></w:latentstyles></xml>
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyifatkan dakwaan Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Datuk Bazlan Baharuddin yang meyifatkan Menteri Besar Kelantan sebagai kemaruk jawatan sebagai satu dakwaan daripada orang yang hilang pertimbangan. Kenyataan tersebut disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Selasa 31 Januari 2012 di halaman K6.
2. DPPNK ingin mengingatkan bahawa sistem pemilihan pemimpin di Malaysia berasaskan kepada parti yang mempunyai majoriti di dalam pilihanraya. Mana-mana parti yang mendapat majoriti dalam pilihanraya berhak menentukan pemimpinnya untuk mengetuai negeri atau negara dengan perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung atau Sultan negeri berkenaan. Sistem pemilihan pemimpin secara langsung oleh rakyat sebagaimana yang diamalkan di sesetengah negara tidak dipraktikkan di Malaysia.
3. Justeru, menjadi hak parti PAS yang mendapat majoriti di Kelantan untuk menentukan mana-mana pemimpinnya sebagai Menteri Besar. Hanya PAS yang berhak menentukan bilakah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat boleh berundur dari jawatannya sebagai Menteri Besar Kelanta. Jika UMNO ingin membuat keputusan tentang jawatan ini, UMNO perlu berusaha untuk mendapat majoriti di dalam pilihanraya terlebih dahulu. DPPNK yakin bahawa Bazlan cukup maklum dengan hakikat ini. Justeru, tindakan menabalkan mana-mana individu sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa majoriti dalam pilihanraya adalah merupakan tindakan sia-sia. Datuk Dr Awang Adek Hussein tentu boleh menjelaskan hal ini dengan terperinci kepada Datuk Bazlan Baharuddin.
4. Dalam masa yang sama, tindakan Bazlan yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan Tun Dr Mahathir adalah merupakan satu hujah yang meleset. Ini kerana Mahathir mendapat tekanan dari dalam partinya sendiri agar berundur selepas kemerosotan sokongan orang Melayu kepada UMNO di dalam pilihanraya umum 1999, berbeza dengan Nik Abdul Aziz yang sentiasa disokong padu oleh seluruh ahli PAS dan rakyat Kelantan untuk menerajui negeri Kelantan.
5. Kedangkalan Bazlan sekali lagi terbukti apabila menyatakan tindakan mengekalkan Nik Aziz sebagai Menteri Besar menutup peluang pemimpin muda di bawahnya untuk memegang jawatan tersebut. Inilah bezanya pemikiran UMNO dan PAS. Di dalam PAS, kepimpinan bukanlah soal peluang, ia bukannya harta peribadi untuk dipindahmilik. Ia adalah satu amanah. Pemimpin yang dilantik bukanlah semata-mata untuk memberinya peluang, tetapi untuk memberikannya amanah menjalankan tugas demi kemakmuran rakyat.
6. Hakikatnya, Datuk Bazlan Baharuddin seharusnya malu menggunakan istilah kemaruk jawatan tersebut terhadap Menteri Besar Kelantan memandangkan beliau sendiri terpalit dengan kontroversi apabila menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang dalam situasi yang tegang pada Oktober 2008 yang lepas. Umum masih ingat bagaimana Ketua Bahagian UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah mengumumkan pembatalan mesyuarat Pemuda UMNO Gua Musang pada 23 Oktober 2008 yang memilih Bazlan sebagai Ketua dan mengesahkan mesyuarat Pemuda UMNO Gua Musang pada 25 Oktober 2008 yang memilih Mohd Azizi Abu Naim sebagai ketua Pemuda.
7. Umum juga masih ingat bagaimana Bazlan diselamatkan oleh ibu Pejabat UMNO yang mengesahkannya sebagai Ketua Pemuda sekalipun bertentangan dengan pengumuman Ketua Bahagian. Kontorversi seperti ini sewajarnya menjadi medan muhasabah untuk Bazlan sebelum melemparkan istilah kemaruk jawatan.
Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bertarikh : 31 Januari 2012
Pada 25 Oktober 1978, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pernah bertanya di dalam parlimen pada masa itu berkenaan dengan pegerakan Freemason yang dikaitkan dengan zionisme. Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hussein Onn yang menjawab soalan itu turut diajukan soalan tambahan bahawa adakah kerajaan Malaysia berhasrat untuk mengharamkan pertubuhan Freemason, jawapan beliau pada masa itu ialah tidak. Hari ini, generasi muda yang lahir dalam era 80-an tentu sekali tidak mengingati isu ini yang diperdebatkan hangat pada masa itu jika tidak membelek lembaran sejarah.
Sikap PAS terhadap Israel sentiasa tidak berubah. Tuan Guru Nik Aziz tegas menyatakan sikap ini lewat kunjungan Duta Amerika Syarikat ke pejabatnya pada tahun lepas bahawa sepasang selipar pun tidak berhak untuk dirampas oleh mana-mana pihak dari tuannya yang sah. Apatah lagi untuk merampas tanah yang merupakan milik rakyat Israel, lebih-lebih lagi merupakan jenayah yang sangat kejam. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengiktiraf rampasan ini pada 1948 sedikitpun tidak berhak untuk membuat keputusan yang menganiayai rakyat Palestin sehingga ke hari ini. Saya yang turut serta dalam perjumpaan itu masih ingat soalan yang ditanya oleh Duta Amerika Syarikat sewaktu Tuan Guru menyatakan pandangan itu, “apakah tuan mengira bahawa bangsa Yahudi tidak berhak memiliki sebuah negara?”. Tuan Guru menjawab, sebagai manusia, mereka berhak untuk bernegara, tetapi persoalannya kenapa dipilih tanah Palestin yang sudah bertuan? Jika benar Amerika Syarikat mahu bersikap prihatin terhadap bangsa Yahudi, sedekahkan sahaja sebahagian tanah Amerika Syarikat untuk menjadi negara Yahudi!
Hari ini, wartawan bertanya sikap Tuan Guru Nik Aziz tentang kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mengiktiraf hak Israel ke atas tanah Palestin. Jawapan Tuan Guru, kenyataan Anwar Ibrahim harus diperjelaskan oleh beliau sendiri. Memetik kata-kata Anwar dari media massa milik UMNO umpama bertanya tentang mutu kereta Honda kepada pengeluar Toyota. Sudah tentu diperhodohkan sehingga ke tahap maksimum. Bukankah beberapa minggu lepas, media massa inilah yang memutarbelitkan kenyataan Anwar yang didakwa menyokong homoseksual, sedangkan apa yang diperkatakan sebaliknya. Bukan beliau sahaha yang menjadi mangsa media massa milik UMNO ini, bahkan Tuan Guru sendiri saban waktu sentiasa dicari celah munasabah untuk diputarbelitkan kenyataannya. Bahkan sepanjang 21 tahun Tuan Guru mentadbir Kelantan selaku Menteri Besar, berapa keratkah laporan positif yang keluar tentang Kelantan? Pagi, petang, siang dan malam, tidak henti-henti media massa ini menghentam kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan kekuatan yang berpanjangan kepada PAS untuk terus berdiri tegak di bumi Serambi Mekah ini.
Hari ini, UMNO bertindak seolah-olah merekalah juara rakyat Palestin. Barangkali mereka fikir rakyat telah lupa bagaimana APCO Wordwide, sebuah syarikat perunding antarabangsa yang mempunyai kaitan dengan Yahudi diberikan kontrak bernilai hampir RM77 juta khusus untuk meningkatkan imej kerajaan UMNO dan Barisan Nasional? Dengan duit apa kontrak ini dibayar jika tidak dengan duit rakyat? Pandangan Anwar Ibrahim masih dalam ruang lingkup perbincangan apatah lagi ia dilaporkan oleh media massa lidah UMNO, namun tindakan UMNO menggunakan khidmat APCO ini sudah jelas mengkhianati wang rakyat. Dan janganlah lupa bahawa pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada masa itu pernah menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak di atas kemenangannya pada pilihanraya!
Hakikatnya, isu ini hanyalah modal sementara untuk menyerang kepimpinan Pakatan Rakyat. Padahal seharusnya mereka sedar, Israel dibenci bukan kerana namanya Israel, tetapi kerana kezalimannya merampas hak rakyat Palestin. Apakah bezanya dengan tindakan merampas hak royalti minyak milik sah rakyat Kelantan tanpa satu sen pun dibayar kepada anak bumi Kelantan? Sebenarnya, bukan Israel sahaja yang zalim.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 31 Januari 2013 bersamaan 8 Rabiul Awwal 1433 H


يستطيع المال أن يشتري السرير لكن...
لا يستطيع أن يشتري النوم
يستطيع المال أن يشتري الساعة لكن ....
لا يستطيع أن يشتري الزمن
يستطيع المال أن يشتري الكتاب و الأقلام و لكن....
لايستطيع أن يشتري المعرفة
يستطيع المال أن يشتري الجاة المنصب لكن ...
لا يستطيع أن يشتري الإحترام
يستطيع المال أن يبني مستشفيات و يشتري الدواء لكن ...
لا يستطيع أن يشتري الصحة و العافية
يستطيع المال أن يشتري الدم لكن...
لا يستطيع أن يشتري الحياة
يستطيع المال أن يشتري شمعه لجلسة ولكن ...
لا يستطيع أن يشتري الحب والهمس
يستطيع المال ان يشتري الاصحاب ولكن..
لايستطيع ان يشتري الاصدقاء
يستطيع المال ان يشتري الحب ولكن..
لايستطيع ان يشتري قلب الحبيب
![]() |
| air (tak tulis caption pun orang tahu ni air T_T) |
![]() |
| haruslah melantak dulu. nasi menjadi kefardhuan. |
![]() |
| dua2 sedang menikmati ombak rindu |
![]() |
| anyonyonyo~ ushar budak mandi ke? astaghfirullah.. bawak2 bertaubatlah wahai saudara Y_Y |
![]() |
| bbm? nope! tu sedang activate balik twitter kata koooo! hari tu bukan main gedik nak deactivate skrg terpaksa activate balik buah hati punya pasal. kehkehkeh |
![]() |
| pegang straw camtu sebab jari terkehel/terseliuh/tersalah urat ye, bukan sebab mengada. jauh sekali pengaruh gedik. |
Semoga duit ayah anak-anak ini tidak di tipu oleh birokrasi untuk dapatkan duit 500.
cuba baca.
Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.
Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.
Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.
Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.
Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.
“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.
Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)
————————
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account – 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis ‘For KAFA’ di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.
RHB
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis ‘For KAFA’ di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.
Sumbangan terus kepada:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971


Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bertarikh : 25 Januari 2012
Di kutip dari tukar tiub. Ini pencerahan minda sambil minum kopi. Petrol akan naik lagi bila IRAN di serang oleh Obama dan Illuminati. Tetapi mungkin sesuatu ISU besar yang lain akan terjadi JUN 2012 nanti bila Presiden baru Egypt akan di lantik. Juga mungkin di Malaysia sendiri. Hari ini 22 Jan 2012, baru di umumkan, Parti Ikhwan telah memenangi 2 per 3 dari Dewan Rakyat Parlimen Mesir.
Adakah Jemaah akan tetap memenuhi Makkah di Musim Ramadhan ini yang tiba pada bulan Ogos 2012? Semoga dunia ini akan tambah baik dan elok.
**************************************************************************************
Pada Jumaat lalu Peranchis , Itali dan Sepanyol telah diturunkan taraf sebagai negara peminjam. Taraf ini adalah ukuran dari Standard&Poor – badan penilai ekonomi dunia. Dari taraf AAA kini telah turun menjadi AA atau satu A. Sembilan buah negara Kesatuan Eropah telah diturunkan taraf. Taraf 3A bermakna ekonomi negara ini segar bugar dan tidak ada masalah untuk meminjam dan membayar hutang.
Apabila taraf diturunkan bermakna meminjamkan wang kepada negara ini membawa risiko tinggi. Jika negara ini ingin menjual bond – sebagai cara meminjam duit – kemungkinan bond ini perlu menjanjikan faedah yang amat tinggi untuk menarik si pembeli. Akhirnya mungkin tidak ada bank dan pemilik dana yang berani meminjamkan duit untuk negara-negara ini.
Seawal 2009 lagi Greece, Iceland dan Ireland telah diumumkan sebagai negara muflis. Maknanya negara ini tidak ada keupayaan untuk membayar hutang negara. Apabila negara muflis bermakna ekonomi negara tidak bergerak. Ramai warga kehilangan mata pencarian. Khidmat sosial – hospital, jalan raya , sekolah sebagai contoh merosot. Nilai wang jatuh. Krisis ekonomi ini akan membuka krisis politik.
Krisis ekonomi dunia kapitalis ini bermula di Eropah pada bulan September 2008 dahulu. Kesah bermula apabila sebuah bank yang bernama Northern Rock di utara England tetiba tidak memiliki duit untuk palanggannya. Bank ini cuba mendapatkan pinjaman dari Bank of England tetapi gagal. Negara Eropah menjadi kelam kabut. Krisis keyakinan terhadap bank melanda Britain. Untuk meredakan keadaan , kerajaan British tidak ada jalan melainkan bank ini dimilik negarakan.
Punca asal krisis sebenarnya datang dari Amerika. Untuk sekian lama bank-bank di Amerika telah meminjamkan duit kepada sesiapa sahaja yang mahu meminjam tanpa cagaran. Justeru bukan satu yang pelik untuk seorang warga Amerika memiliki berpuluh-puluh kad kredit. Bank di Amerika tanpa kaji selidik dengan senang telah memberi pinjaman untuk sesiapa saja yang ingin membeli rumah. Hasilnya industri perumahan mengelembong. Suasana ini menjemput lebih banyak lagi bank untuk meminjamkan duit kepada bakal pembeli rumah.
Hutang-piutang dari para peminjam ini dikumpulkan untuk dijual kepada bank yang lebih besar di Amerika. Bank-bank besar Amerika ini pula akan mengumpulkan hutang-piutang ini dan menjualkan sekali lagi ke pasaran dunia. Setiap kali hutang ini dikumpul dan dijual – bank dan juru jual ini akan mengaut keuntungan. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual asalkan mendapat untung. Justeru hutang piutang pun boleh dijual beli.
Masaalah timbul apabilan bank-bank ini ingin memungut hutang. Tuan empunya hutang tidak ada keupayan untuk membayar. Jumlah hutang hutang ini berbilion bilion dolar. Akhirnya kerana gagal membayar hutang maka rumah dirampas oleh bank. Industri perumahan di Amerika jatuh berdentum. Tuan rumah kini menjadi warga gelandangan dan merempat. Hari ini hampir 4 juta warga Amerika telah kehilangan rumah.
Bank-bank kini menjadi pemilik rumah yang semakin bertimbun tambah. Perniagaan bank ialah pinjam meminjam dan bukan menjual rumah. Akhirnya banyak bank kecil di Amerika tutup kedai. Keadaan ini menjerat bank yang besar kerana perniagaan bank ini kait mengait. Ini membawa mudarat pula kepada lembaga gedong dana antarabangsa.
Solomon Brothers gedung keewangan yang menjadi pasak ekonomi kapitalis antarabangsa jatuh muflis pada September 2008. Gedung-gedung perniagaan antarabangsa inilah yang bertanggung jawab memasarkan hutang piutang , menjual beli bond dan pinjaman meminjam. Amat jelas sistem ekonomi kapitalis sedang menghadapi krisis yang lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.
Jawapan dari Presiden Obama ialah mengeluar 700 billion dollar untuk menutup lubang-lubang syarikat gergasi Amerika yang telah bocor dan tempang. Ini dipanggil ransangan ekonomi. Ini sama seperti 60 bilion ringgit jumlah ransangan ekonomi yang diajukan oleh Najib Razak. Hingga ke hari ini Obama dan Najib telah gagal untuk merangsang dan memberahikan ekonomi.
Di Amerika bank besar dan gedung dana antarabangsa telah mendapat suntikan dari perbendaharan negara. Mereka diberi nafas baru dengan menggunakan duit orang ramai. Manakala peniagaan kecil dan warga biasa jatuh muflis satu demi satu.
Bayangkan jika Mek Joyah dari Felda Pasoh duduk di Rumah Puteh. Apabila Mek Joyah ditanya apa yang wajib dilakukan dalam keadaan ekonomi sedang merundum? Pastilah Mek Joyah ini akan menjawab : berjimat cermat dalam masa susah.
Tetapi di Rumah Puteh yang duduk ialah Barak Obama. Jawapan Obama ialah terus melancarkan perang. Meluaskan lagi perang di Afghanistan, di Iraq dan membuka perang baru di Pakistan, Libya dan Syria. Berbilion bilion dolar hangus dalam perang. Mungkin rakyat dunia hairan ketika hampir 30 juta rakyat Amerika tanpa kerja dan lebih dari 4 juta warga Amerika tidur gelandangan di tepi jalan – Presiden Obama masih mahu melancarkan perang.
Pada minggu pertama 2012 ini telah lantang didengar bahawa Iran juga akan diserang. Rang undang-undang untuk menyekat ekonomi Iran telah diluluskan oleh Kongress Amerika. Akibatnya: harga minyak melonjak melintasi 100 dolar untuk satu tong. Dunia kapitalis mengigil takut. Jika perang pecah di Iran maka harga minyak akan meledak naik. Jelas kelihatan tidak ada lojik dalam dasar pentabiran Rumah Puteh. Seimbas pandang semua yang dilakukan oleh pentabiran Obama tidak masuk akal.
Tetapi awas! Semua yang dilakukan oleh Barack Obama ialah mengikut hukum-hukum dan syarat yang telah dipersetujui oleh orang-orang dan organisasi yang menobatkan Obama ke Rumah Puteh. Masuknya seorang berkulit hitam ke Rumah Puteh itu adalah satu rancangan yang telah dirancang oleh satu badan yang bergerak secara tertutup. Badan dan organisasi ini memiliki pelbagai nama dan bentuk. Ada yang rahsia, ada yang bergerak dibawah tanah dan ada yang bergerak terbuka.
Ada yang tersusun gelap dibawah Skull and Bones, Illuminati dan Free Mason. Ada yang bergerak dalam politik secara terbuka dan berkumpul dibawah lambang Neo-Con. Ada yang aktif cergas secara terbuka mempengaruhi dasar Amerika melalui Council of Foreign Relation. Secara gelap dan berahsia sosok-sosok ini akan berkumpul dan berbincang dan merancang program tahunan mereka di Bohemian Grove atau bertemu secara sulit dibawa jemputan Bidelberg Group.
Dalam apa pun organisasi yang mereka masuki tujuan asal mereka ialah untuk mendukung sistem ekonomi kapitalis. Mazhab dan rukun iman mereka ialah untuk melahirkan New World Order atau Satu Tata Dunia Yang Baru. Tata Dunia Baru dimana semua rakyat dunia akan tunduk dibawah pentabiran mereka.
Sebahagian besar dari ahli kumpulan ini adalah pemilik gedung dan syarikat besar dalam dunia. Tuan empunya bank dan gedung perniagaan mata wang. Tuan empunya syarikat senjata dan syarikat minyak. Tuan empunya syarikat media dan pemilik styesen tv. Merekalah yang mempengaruhi politik dunia harin ini.
Untuk perbandingan, kalau dalam negara kita mereka ini ialah keluarga Lim Goh Tong, Vincent Tan, Ananda Krishna, Daim Zainudin, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay, Mahathir Muhamad, Taib Mahmud – mereka inilah yang menggariskan dasar dan arah politik Malaysia. Justeru, secara micro politik kita sama seperti politik dunia yang dilakar oleh kumpulan Illuminati dan sekutunya.
Justeru ketika kita menyambut 2012 ini kita semua wajib sedar bahawa perancangan telah dibuat untuk memastikan perang akan berlanjutan. Negara Arab di Timur Tengah akan terus di kacau bilaukan. Kemungkinan Iran akan diserang bukan lagi satu yang mustahil. Perang dan kacau bilau akan melipat gandakan lagi keuntungan untuk kaum pemodal
![]() |
| kg lak lok? fine. aku pun tak tahu ape makna dia. =.=" |
![]() |
| kemeja purple pun bolehh masuk intebiu. Anyonyonyo ~ |
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyokong penuh pengumuman yang dibuat oleh ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Haji Husam bin Musa yang menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya bayaran royalti minyak dikembalikan. Pengumuman itu dilakukan ketika beliau membentangkan kertas kerja di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ketiga di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari 2012.
2. Bagi pihak DPPNK, pengumuman ini merupakan satu langkah yang amat tepat pada saat golongan siswazah yang baru menghabiskan pengajian di universiti sedang bergelut dengan pelbagai persaingan untuk mendapatkan kerjaya di perlbagai bidang. Hari ini, dengan bebanan hutang ditanggung daripada PTPTN termasuk caj pengurusannya, siswazah akan berdepan kemelut kewangan yang serius. Justeru, DPPNK juga memohon agar tindakan mendakwa pelajar-pelajar yang gagal menjelaskan hutang PTPTN perlulah dikaji semula memandangkan kes penggangguran dan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.
3. Sewajarnya dengan keuntungan Petronas yang berjumlah berbillion banyaknya, ia mampu digunakan untuk menyediakan pendidikan percuma untuk semua warga mahasiswa, namun kerana pengurusan kewangan yang diselubungi oleh pelbagai penyalahgunaan, bebanan ini terpaksa ditanggung oleh golongan muda yang sebahagiannya datang dari keluarga yang berpendapatan rendah.
4. Di pihak kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO / Barisan Nasional pula, pelbagai kes rasuah dan penyelewengan yang berlaku melibatkan ratusan juta ringgit wang rakyat sekaligus mengenepikan hak rakyat bawahan untuk menikmati pelbagai kemudahan sebagaimana sewajarnya.
YB ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN,
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)
Bertarikh : 15 Januari 2012
إذا كان الصبر مُرًّا فعاقبته حلوة
استَعِينُواْ بِالصَّبرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ )القرآن الكريم(
اصبر تنل
اصبر قليلا فبعد العسر تيسير ... وكل أمر له وقت وتدبير
اصبر لكل مُصِيبةٍ وتجلًّدِ ... واعلم بأن الدهر غير مُخَلَّدِ
الأيام دول
التأني من الرحمن والعجلة من الشيطان
الجزع عند المصيبة مصيبة
الرمد أهون من العمى
الصبر صبران: صبر على ما تكره وصبر على ما تحب
الصبر عند الصدمة الأولى الصبر مفتاح الفرج
إن السماء تُرْجَى حين تحتجب
إن الله يمهل ولا يهمل
إن غدا لناظره قريب
إِنَّ مَعَ العُسرِ يُسرًا )القرآن الكريم (
إن مع اليوم غدا يا مسعدة
أنا الغريق فما خوفي من البلل
بالتأني تُدْرَكُ الفُرَصُ
دع الأيام تفعل ما تشاء ... وطب نفسا بما حكم القضاء
دواء الدهر الصبر عليه
شدة وتزول
صبرك عن محارم الله أيسر من صبرك على عذاب الله
صبري على نفسي ولا صبر الناس عليّ
طول البال يهدم الجبال
عش رجبا ترى عجبا
في التأني السلامة وفي العجلة الندامة
قد يدرك المتأني بعض حاجته ... وقد يكون مع المستعجل الزلل
كل آت قريب
كل هم إلى فرج
لا يبقى شيء على حال
لا يضيع حق وراءه مطالب
لكل جَوَادٍ كَبْوَةٌ
مصائب قوم عند قوم فوائد
من تأني أدرك ما تمنى
من رأى مصائب غيره هانت مصائبه
من صبر ظفر
من لم يصبر على كلمة سمع كلمات
وأفضل أخلاق الرجال التَّصَبُّرُ
وعاقبة الصبر الجميل جميلة
يمشي رويدا ويكون أولا


Islamic Finance merupakan satu industri yang berkembang pesat dan membangun sekarang ini. Dengan perkembangan yang sangat pesat dengan kadar (15-20%) setiap tahun bukan sahaja femomena ini berlaku di Negara Timur Tengah, tetapi juga Islamic Finance mula berkembang di negara Majoriti Muslim. Dengan kesedaran Umat Islam tentang bahayanya riba setelah melihat kejatuhan Sistem Ekonomi Kapitalis yang diperkenalkan oleh barat membawa kepada keruntuhan Institusi Kewangangan berasaskan riba dan muflisnya Bank-bank besar di Barat seperti Washington Mutual, HBOS, Lloyds TSB, Standard Chartered, Abbey dan Nationwide Building Society dan lain-lain lagi.. Sekarang Industri Kewangan Islam sudah mula memasuki dunia Eropah seperti British, French dan German. Dan mula mengorak langkah ke negara China dengan transaksi kewangan di sana bernilai beratus juta dalam sehari. Dan juga India merupakan Negara ke 2 terbesar Umat Islam di dunia selepas Indonesia dengan anggaran 150 million orang penduduk. Dari segi kekuatan ekonomi negara India merupakan negara yang paling pesat kadar pertumbuhan Ekonomi di dunia dengan populasi melebihi 1.3 Billion.
Bank-bank konvesioanal pula sudah membuka “window” Islamic. Walaupun konvesional tetapi membuka satu cabang Islamic Bank dan menawarkan produk Islamic Bank dalam bank mereka. Faktor inilah yang memerlukan tenaga pakar Syariah yang mahir mampu membantu di dalam dunia Perbankan Islam.
Keperluan Pakar Shariah
Itulah hakikatnya walaupun dikritik oleh sesetangah pihak mengatakan Bank Islam menindas, sama sahaja dengan konvesional dan bermacam-macam lagi.Tetapi bagi saya apa guna kritikan tanpa membina? Apa guna menghalang tanpa memberikan jalan keluar atau dalam istilah fiqh “fiqh badil” yang bermaksud Alternatif. Teringat lagi ketika mula hendak memasuki dunia bank Islam ramai yang menghalang saya dengan mengatakan jangan menjerumuskan diri kepada dosa….
Apa yang saya ingin sebut di sini ialah dengan perkembangan pesat industri kewangan Islam ini, secara tidak langsung memerlukan cendiakawan yang memahami Fiqh Muamalat secara mendalam. Memang betul, betapa ramainya graduan berijazah Syariah Fiqh pada tiap-tiap semester. Tetapi berapa ramaikah yang betul-betul memahami dan mampu praktik apa yang dibelajar? Jika ramai pun, lahir juga pelajar yang ‘kaki’ menghafal tanpa faham, tidak kreatif serta kurang dinamik di medan universiti dan tidak efisyen di dalam dunia kerjaya. Hasilnya, berterusan Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir, kreatif, inovatif dalam pelbagai bidang, sama ada agama, sains dan teknologi, ekonomi dan sebagainya.
Kebimbangan ini disuarakan oleh Executive Director of the Malaysia –Based International Shariah Research Academy for Islamic Finance.
<o:p></o:p>
“Kita kekurangan Pakar Syariah yang mampu mengisarkan di antara Teori Usul Fiqh dan pengetahuan Fiqh dan dari Segi Aspek Praktikal."
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
Apakah Persediaan?<o:p></o:p>
Mungkin tidak layak untuk saya menyenaraikan apakah kritiria-kritiria yang perlu ada dan sebagainya. Kerana saya bukanlah seperti otai-otai Industri Bank Islam seperti Ustaz Zaharudin, Dr Ahmad Ludin, Dr Halim, Dr Daud Bakar Ustaz Suhaimi dan lain-lain nama-nama besar dalam Penasihat Syariah kerana saya hanyalah insan lulusan Ijazah Shariah mentah lagi dalam dunia bank.
Tetapi setelah saya sendiri menceburkan diri di dalam industri perbankan ini saya dapati kelemahan yang ada pada saya dan beberapa feedback dan komen daripada Mentor-mentor dan Boss saya yang telah lama dalam Industri Perbankan ini. Berikut merupakan persedian-persediaan kecil bagi sahabat-sahabat saya berijazah Syariah yang berminat memasuki Dunia Perbankan Islam:
<o:p></o:p>
1. Kemahiran Komunikasi (Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab)
Kelemahan utama Pelajar Syariah ialah kemahiran Bahasa Inggeris disamping lemahnya Bahasa Arab. Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi untuk ada berurusan dengan dunia bank pada setiap hari. Disamping perlunya menguasai istilah Ekonomi tentunya dalam Bahasa Inggeris. Dan semua dokumen yang perlu di review diperiksa ialah dalam bentuk Bahasa Inggeris. Kelemahan ini merupakan satu faktor besar jika anda memasuki dunia bank. Anda akan terkapai-kapai merangkak-rangkak cuba memahami istilah-istilah dalam dunia Bank. Jika anda tidak kuasai maka memberi kesan kepada kerja anda. Kerja anda akan menjadi lebih tidak efisyen, tidak dinamik dan akan menjadi putus asa. Akhirnya anda keluar dari industri ini. Jadi bagaimana penyelesaiannya?
Mulakan cari Istilah dan fahami ekonomi sebaiknya. Contoh jika belajar Fiqh Maliah Mu’asirah. Cuba terjemahkan istilah kedalam English. Contoh mudah seperti Sukuk, Bond, Capital Market, Ijarah (lease) dan sebagainya. Cuba biasakan diri dengan istilah Finance dan buka minda anda semasa belajar Fiqh. Cuba fahami fiqh dari segi dimensi praktikal.
Bahasa Arab mungkin pelajar kita di Jordan merasa berada di Kayangan dan hebat. Iyelah kerana belajar di Jordan (ataupun Universiti Timur Tengah lain) kami kan belajar dalam bahasa arab, bercakap arab, makan makanan arab, confirm la pandai cakap arab!!! (tangan di dada mata ke atas).. Tetapi hakikatnya adakah anda betul-betul menguasai bahasa ini? Cuba uji diri anda bercakap dalam bahasa arab fasohah secara spontan? Contoh soalan ceritakan diri anda dalam Bahasa arab selama 5 minit? Cuba anda terjemah kitab turath dan kitab moden (muasirah) hanya satu muka surat? Mampukah anda? Jika anda tidak mampu sila tingkatkan bahasa arab anda! Jangan terasa anda sudah hebat bahasa arab padahal hakikatnya tidak mampu. (*minta maaf terpaksa guna dalam bentuk bahasa kasar kerana ingin menyedarkan kelemahan sesetengah daripada puak-puak kita)
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
2.Kerja Lebih Masa
Mungkin sudah terbiasa semasa dunia belajar waktu kita lebih fleksibel. Apabila masuk dimensi kerja waktu kita terbatas. Biasa sebagai bankers pulang lewat malam dengan kerja yang bertimbun perlu disiapkan dalam masa yang cepat. Jika lambat maka customer akan beralih ke tempat lain. Itulah tekanan perlu dihadapi. Anda perlu memahami sedikit sebanyak bagaimanakah dunia business. Tidak bertindak sebagai professor sahaja tetapi mehami kehendak dalam dunia business…. Cuba buang sikap bertangguh dan tidak memahami dunia business yang memerlukan kecekapan dan cepat dalam menentukan keputusan. (ini merupakan komen dan feedback daripada Mentor saya di Commercial Bank dan Retail and Consumer Bank)
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
3. Pengetahuan Am
Mempunyai pengetahuan bagus tentang Shariah Law (prinsip-prinsip Muamalat) dan sebagainya seperti Loan Documentation, Company Law or law related to Banking. the Development and Financial Institution Act (DFIA). Companies Act 1965, Anti-Money Laundering & Anti-Terrorism Financing Act 2001 and the regulatory requirements (GPs) by the Central Bank, Bank Negara Malaysia. Memahami condition didalam contract financing dan banyak lagi..
Untuk memahami semua itu memerlukan masa bagi kita kerana tidak mempunyai latarbelakang bank. Tetapi dengan bantuan “pakcik Google” Insyaallah dapat sedikit membantu anda. Dan yang paling penting anda perlu tahu secara am rujukan kitab-kitab fiqh samaada turath dan kotemporari. Sebagai contoh rujukan daripada kitab Syafie apa, Hahafi apa? Kitab Usul fiqh apa? Bukan hanya tahu kitab ‘Fiqh Adilah” oleh dr Wahbah Zuhaili sahaja ye? Rujukan-rujukan asas perlu diketahui dengan rajin-rajinlah singgah ke Maktabah. Paling malas pun pergi tempat carian kitab. Cari, salin dan hafal nama-nama kitab bersama pengarangnya. Itu sudah memadai. Ini saya buat semasa zaman belajar dahulu. Mengenali kitab, tanam dalam hati perasaan cintakan kitab. Pergi maktabah sekurang-kurangnya anda membelek isi kandungan di M/S belakang. (Fahros) sudah mencukupi. Hafalah Qawaid-qawaid fiqhiah berkaitan dengan muamalat sebagai contoh “Qardh Jarra fihi Manfa’ah Fahuwa Riba” dan lain-lain.
Lagi baik jika persatuan-persatuan Mahasiswa seperti PERMATA menganjurkan Seminar Kewangan Islam dan memberikan sijil kepada peserta-peserta.Ini dapat membantu anda meyakinkan bank untuk melantik anda sebagai pegawai Syariah mereka. *cdangan kepada kepimpinan PERMATA<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
5. PERANCANGAN TELITI DAN KEMAS
Sangat penting perancangan hala tuju anda selepas ini. Bukan hanya merancang untuk berkahwin sahaja ye?!! Rancanglah halatuju masa depan anda. Anda tidak boleh menyatakan "...alaa xpe belajar dulu… Rilexla, nanti dah habis baru nak pikey..." Sikap ini merupakan sikap orang yang gagal. Gagal merancang bermakna anda sudah kalah!! Ini berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan saya yang menyatakan sikap demikian. Sebagai contoh rancangan yang mudah sentiasa kemaskinikan “resume” anda. Cuba fikir hala tuju selepas tamat belajar. Jika ingin menjadi peniaga fikirkan apakah perniagaan itu, modal berapa? Jika ada masa saya akan tulis bagaimana perancangan yang kita perlu….<o:p></o:p>
6.CONFIDENT DAN POINTER YANG TINGGI<o:p></o:p>
Faktor mempuanyai pointer (muaddal) yang tinggi hanyalah faktor tambahan untuk bersaing merebut tempat didalam Bank. Kerana ketika temuduga ini hanyalah advantage anda berbanding calon temuduga yang lain. Saya kongsikan pengalaman bagaimana saya terpaksa bersaing dengan calon-calon temuduga lulusan daripada Amerika, UK dan tidak kurang juga saingan daripada Universiti Tempatan yang kebanyakan mempunyai sijil latihan daripada Bank Negara. Jadi kepada sahabat-sahabat yang masih ada peluang untuk menaikan pointer (muadal) anda usahalah dengan lebih gigih!! Pastikan subjek-subjek seperti Muamalat, Maliah Muasirah dan Qadhaya Fiqhiah Muasirah dan subjek-subjek Usul Fiqh yang lain anda kuasai dengan komprehensif confident dan tenang ketika menjawab soalan penemuduga seperti diajukan soalan-soalan provokasi. Saya disoal lebih kurang begini: “Saya merupakan boss di sini. Jika saya buat salah dan menyalahi prinsip Syariah Muamalah dan adakah anda ingin menegur saya? Walaupun risiko dibuang kerja? Walaupun Financing yang dibuat berjuta-juta dan akan membuat bank kerugian apakah anda masih teguh dengan prinsip anda? Jawapan anda bagaimana?? ”Saya memilih untuk teguh mengatakan haram jika haram. Walaupun dibuang kerja.." Itulah jwapan saya rasa terbaik untuk jawab…
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
Penutup
Jika ditulis kesemua ciri-ciri mungkin tidak mencukupi.Tetapi hanya sekadar berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat. Walaupun rindukan balik Jordan, merasai suasana belajar tetapi itulah kehendak kadang-kadang tidak semua dapat dipenuhi. Berharap dapat membantu sahabat-sahabat terutamanya yang baru tamat dan bergelar Graduan Ijazah!!! Selamat Berjaya ~weee~<o:p></o:p>
Semoga ini dapat memberikan motivasi dan pengalaman kepada adik-adik sahabat sahabat saya di Jordan tertumanya. Dan kepada sahabat-sahabat saya yang berminat menjadi pegawai Eksekutif Syariah di sektor perbankan Islam tetapi terkapai-kapai bagaimana ingin terjun bidang tersebut.<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
Saya tutup tulisan saya dengan hadis: <o:p></o:p>
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
إن الله عز وجل يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه <o:p></o:p>
Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
Menurut sebuah hadis sohih pula :-<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ على كل شَيْءٍ فإذا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وإذا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أحدكم شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ<o:p></o:p>
Ertinya : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat Muslim, 3/1548 )<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
Sekian, Wassalam. Wallahualam.<o:p></o:p>
Best Regards,
AZMIR AZRI BIN AHMAD
Shariah Division
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
e-mail: azmir.azri@kfh.com.my
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
<iframe allowfullscreen="allowfullscreen" frameborder="0" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/mnhsnwrEVNw" width="560"></iframe>
![]() |
| ni dia pendatang baru. bakal mangsa aku dan izwan. hahhaa. |
![]() |
| wo ai ni. i lap u. aku cinta padamu lalalala lagu kru. |
![]() |
| "gua otai. lu ade ape hal? berani masuk family gua bermakna lu berani kena buli sama gua. amacam dik? kecut perut? bhahaha!", kata amin kepada adik barunya. |
![]() |
| hai nama saya yusuf dan saya kuat makan. oleh itu saya dah gemuk sekarang. selamat datang ke blog pakcik saya. hueh3 |
![]() |
| flash amat membantu untuk memutihkan anda. serius! kofkofkof |
![]() |
| - kaherah, 2010 |
“Buat apa kamu pergi belajar kat Jordan? Balik comform takde keje? Duit abeh banyak tapi balik jadi penganggur!!! Mung nak kijo gapo pahni???”<o:p></o:p>
Pada malam terakhir aku berada di Malaysia sebelum berangkat ke Jordan hatiku terasa sedih+panas apabila seorang pakcik mengatakan begitu kepada ku. Semangatku untuk pergi belajar menjunam jatuh.<o:p></o:p>
Dengan sedikit kekuatan aku menjawab “Rezeki datang dari Allah, Insyaallah niat nak belajar ilmu Allah rezeki ada dimana-mana”.<o:p></o:p>
Itulah yang aku pegang selama ini. Aku yakin bahawa jika kita ikhlaskan niat kepada Allah dunia datang kepada kita. Kita tidak perlu mengejar dunia, yakinlah dunia yang mengejar kita pula.<o:p></o:p>
Aku ingat dan aku pahat dalam memoriku kata-kata seorang pakcik kepada seorang remaja yang ingin belajar ilmu Allah dan aku ingin buktikan kepada ‘beliau’ yang aku akan berjaya dalam kehidupanku.<o:p></o:p>
Alhamdulillah, dengan berkat dan minatku. Aku berjaya habiskan ijazah ku selama 3 tahun sahaja. Dan aku juga pernah menerima anugerah Pelajar Cemerlang. Aku juga dapat kongsikan ilmu yang aku pelajari sedikit dengan mengajar sahabat-sahabatku di kelas rasmi dan juga di rumah-rumah. Disamping itu, aku menulis blog sebagai wasilah untuk menyampaikan dakwahku. Itulah satu kenikmatan kepuasan yang tak terhingga aku kecapi yang lebih dari sekadar wang ringgit. Itulah rezeki yang Allah bagi kepadaku. Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah.. Selama aku belajar aku merasa tenang tidak pernah rasa tertekan, malah pernah sekali aku tertitis air mata dalam kelas kerana nikmat belajar ilmu dan aku fahami dan aku yakin dengan Ilmu Allah. Mungkin itulah jawapan yang aku dapat berikan kepada soalan-soalan yang bertanya kepada ku kenapa memilih ke Jordan belajar Syariah. Kenapa tidak memilih bidang professional. Walaupun mendapat 8A SPM.<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
<o:p> </o:p>
<o:p> </o:p>
Bukti Rezeki Datang Dari Allah<o:p></o:p>
Tidak pernah terlintas dalam fikiranku balik ke Malaysia untuk bekerja. Hanya niat dalam hati nak sambung belajar. Jiwaku suka belajar aku merasa kenikmatan apabila belajar ilmu Allah.<o:p></o:p>
Baru hanya 3 minggu sampai di Malaysia, aku dipanggil untuk interview dengan salah sebuah bank luar Negara. Itulah kebesaran Allah. Bukti bahawa rezeki Allah yang berikan. Bukanya manusia yang menentukanya. Manusia tidak ada hak langsung untuk menentukan nasib manusia ataupun rezeki kita sebanyak-banyak ni.<o:p></o:p>
Apa yang aku pendam dan bersabar selama ini dibalas oleh Allah.. Syukur Ya Allah. Tak terjangka rezeki ini datang daripada Mu Ya Allah… Betapa ramai yang menghalangku untuk belajar kerana mereka bimbang tiada kerja, takde duit tiada masa hadapan jika belajar agama. Aku pekakkan telinga hanya berserah kepada Allah. Begitu mudah aku dapat kerja dengan Bank. Malahan dapat tawaran secara tidak rasmi untuk bekerja di Luar Malaysia.<o:p></o:p>
Alhamdulillah apa yang mereka takuti fikiran kolot, tanggapan bahawa belajar agama tiada duit itu salah. Aku dapat buktikan kepada mereka, syukur aku mampu memiliki kereta sendiri, rumah sendiri pada umur 21 tahun. Itulah rezeki datang dari Allah. Jika kita ikhlaskan niat kita, pedulikan apa yang mereka katakan. Tidak pernah lagi kita dengar orang belajar agama mati kerana kelaparan!!! Tidak pernah lagi aku dengar orang belajar agama meminta sedekah ditepi-tepi jalan!! Kenapa takut nak menghantar anak ke sekolah agama? Kenapa takut menerima tawaran belajar agama? Kenapa rasa hina apabila belajar agama????Kita kena bangga kerana kita belajar ilmu Syariah Allah. Ilmu yang boleh memacu kita dunia dan akhirat.<o:p></o:p>
Pedulikan Orang Kata<o:p></o:p>
Sekali lagi sikap manusia yang ku tidak suka ialah ‘sikap dengki”.Baru sahaja aku dapat tawaran bekerja mereka mengatakan aku guna kabel.Aku masuk bank guna pintu belakang.Aku dapat kerja sebab gini2,sebab bodek orang dalam.Susah aku nak diamkan mulut manusia.Takkanlah aku ingin terangkan satu-satu bagaimana susahnnya aku berusaha untuk mencapai apa yang aku dapat sekarang. Bagaimana aku korbankan waktu tidurku untuk belajar. Berapa kali aku demam sebab tak cukup tidur belajar. Untuk aku lepas masuk interview sebanyak 3 stage. Aku belajar habiskan 5 buah buku sebelum masuk interview. Habis duit belanja beratus-ratus untuk beli tiket flight, beli buku, habis masa dengan belajar. Aku tidak tunggu bulan jatuh ke riba untuk dapat sesuatu. Tapi itulah lumrah kehidupan. Hanya satu perlu kita fikir apa yang orang kata. “Why not?”… Kata-kata yang tidak ada asas itu adalah ‘rubbish’…. Yang penting kita capai impian kita, target kita dalam kehidupan. Sebenarnya orang kata itu dengki. kata2 mereka tidak menjejaskan pun apa yang kita dapat. Kalau kita ambil tahu bukanya kita dapat duit.<o:p></o:p>
Sudah lama ku tidak menulis meluahkan rasa terbuku dalam hati. Kesibukan ku kerja dan masa ku yang sekarang terbatas.Aku berharap satu lagi target ku untuk menggengam segulung Ijazah Master dan PHD tercapai. Walaupun pada mulanya kecewa tidak menyambung terus pelajaranku, tetapi mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Hanya Allah yang tahu.<o:p></o:p>
Kahwin???<o:p></o:p>
Soalan lazim yang perlu ku jawab. Bila nak kawen? =) Bersambung..........<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
<o:p> </o:p>
![]() |
| gambar atas pelamin |
![]() |
| lagi gambar atas pelamin. |
Semua makluman dan iklan terbaru Tabung Haji Travel oleh di lihat di sini di laman web rasmi Tabung Haji Travel http://www.thts.com.my
Umrah Cinta Rasul 1 – 26 Feb hingga 18 Mac 2012
Umrah Cinta Rasul 2 – 8 April hinga 19 April 2012
Umrah Cinta Rasul 3 – 20 Mei hingga 31 Mei 2012
Umrah Cinta Rasul 4 – 1 Julai hingga 12 Julai 2012
CEPAT mendaftar di mana mana kaunter Tabung Haji Travel dan juga mana mana Pejabat Lembaga Tabung Haji di seluruh negara.
Program yang sangat menarik yang telah menaikkan rating Oasis tajaan Tabung Haji Travel. Sekarang masih di siarkan tayangan Jemputan Umrah di Astro Oasis.
Ini link komen Program ini di musim pertama. Juga di taja oleh Tabung Haji Travel.
http://almakki.wordpress.com/2008/06/09/astro-aosis-jemputan-umrah-2/#comments
Komen seorang pengunjung blog saya di bawah tajuk Jemputan Umrah Astro Oasis.
Dari : Yanti Binti Senen
assalamualaikum….bagaimanakah caranya untuk saya memohon dalam menunaikan ibadah umrah melalui astro oasis….saya harap pihak astro oasis dapat membantu saya…kerana saya ingin memohon pertunjuk dari yang maha esa…dan membentuk ummah muslimah,ibu mithali, serta isteri solehah….
———————————————————————————————————————
Semoga program ini akan menambahkan minat masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan rantau Asia Tenggara ini umumnya untuk membibitkan azam pergi ke Makkah seterusnya berusaha ke Makkah insya Allah.
Jadual siaran boleh di lihat di sini.