Logo
  • Laman Utama
  • Pengenalan
  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Pencapaian
  • Warga
  • Buletin
  • Galeri
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat

2009/Demontrasi Israel

< 2009

DEMONTRASI MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL

18 Januari, Ahad - Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat (MTAQ) Pulai Chondong telah menganjurkan satu demontrasi aman untuk membantah kekejaman tentera Zionis dan Israel laknatullah terhadap Palestin.

Pada hari sebelum demontrasi, guru-guru setiap unit telah memberikan arahan kepada semua ahli jawatankuasa (AJK) program untuk pembahagian kerja masing-masing. Pelajar dan guru yang telah ditugaskan untuk membeli barang-barang keperluan telah keluar ke pasaraya yang berdekatan seperti kain putih (kain rentang), cat, berus dan sebagainya.

Selain daripada itu, para pelajar telah diberikan 3 keping kad manila untuk dijadikan sepanduk dan poster. Kad-kad manila itu akan dihiasi dengan tulisan dan lukisan membanteras kekejaman Israel mengikut kreativiti masing-masing. 3 orang pelajar telah ditugaskan untuk membahagikan kad-kad manila ini iaitu saudara Muaz bin Ghani Basri (Exco Maktabah), Muhammad Iskandarruzaman (Exco Quran Qiraat) dan saudara Aiman bin Harun. Kesemua mereka adalah daripada tingkatan 2 Aliah (Tingkatan 4).

Pelajar tingkatan 4 dan 5 pula telah diamanahkan untuk menulis dan melukis bantahan kekejaman Israel pada kain rentang berwarna putih berukuran 50 meter panjang untuk dijadikan sepanduk utama.

Setelah tibanya hari demontrasi, para pelajar bersiap sedia dengan pakaian serba canggih dengan serban bagi pelajar tingkatan 1 dan 2. Pelajar-pelajar lain telah diberikan kain lilit kepala yang berwarna hijau dan merah. Setiap satu daripadanya dihiasi dengan pelbagai kata, semangat dan cemuhan seperti "La Ilaha Illa ALLAH", "Free Palestine", "Save Palestine" dan sebagainya.

Program pada hari itu dimulakan dengan solat sunat hajat yang diimami oleh Syeikh Abdul Muhaimin Sayed Ali Abdul Majid. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di MTAQ yang berasal dari Mesir yang kemudian disusuli dengan doa qunut Nazilah. Selepas selesai membaca doa, para pelajar dengan semangat yang berkobar-kobar, memegang sepanduk dan kain rentang yang telah dilakar melakukan perarakan ke hadapan bangunan kelas sambil diiringi dengan lafaz takbir.

Semasa berada di sana, beberapa pelajar telah dipilih untuk menaikkan semangat pelajar dengan tujuan membantah kekejaman Israel dan Yahudi laknatullah. Program pada hari itu berjalan dengan baik dan lancar. Majlis bersurai dengan laungan takbir. Semoga ianya akan memberikan kesan yang mendalam ke atas hati-hati pelajar untuk memperjuangkan Syiar Islam.

Fakta:

  • Demontrasi ini serentak untuk semua sekolah yang berada di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).
  • Jumlah kutipan derma yang diperolehi di MTAQ adalah sebanyak RM2,601 dan merupakan jumlah yang terbanyak dalam sekolah-sekolah YIK.
Diambil daripada "http://mtaq.edu.my/2009/Demontrasi_Israel"
Kategori: 2009 | Peristiwa

Laman utama • Senarai laman • Gelintar

Editorial: Panduan • Log masuk • Daftar

© 2003-2010 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat • Perihal • Penyalinan