< 2008
22 Mac - 3 Orang pelajar MTAQ terus mengharumkan nama MTAQ di dalam Musabaqah Tahfiz Peringkat Negeri Kelantan.
Said Hawwa Elias muncul sebagai johan pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Kelantan kategori hafiz tahap satu hingga 30 juzuk. Tempat kedua disandang Muhamad Zubair Mayuti juga dari MTAQ
Tahap satu hingga 15 juzuk kategori hafiz dimenangi Muhammad Hariz Syazwan Mohd Arifin dari MTAQ.
Penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Menteri, Dato Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman.